Want your
own Fotopage?






 
Khairina FotoPage

By: Faiz Rahman

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 28-Nov-2007 23:11 Email | Share | Bookmark
Muffin coklat kukus

 
 
 
 
 
 
Hari ni mama buat muffin coklat kukus, ikut resepi sapa lagi kalu bukan resepi cikgu masakan mama ie kak Hanieliza.

Sebenarnya nina nangis pagi2 buta mintak mama buat kek kukus mocha yg mama pernah buat sebelum ni. Bila tengok ada bahan yg tak cukup, so mama tukar la try buat muffin pulak. Ni 1st time buat muffin la kiranya ni.

Jadi ptg td anak2 makan muffin la sbg minum ptg (bukan ptg, minum malam sbb kul 4 dah maghrib, dah gelappp)


Resepi kat bawah ni mama copy & paste dari kak Liza fp khas utk ibu SarahJiha yg mengidam nak makan muffin ni. Kalau dekat memang mama buatkan je utk ibu SarahJiha, tp apakan daya, kita jauh beribu batu. Nak pos, takut berkulat pulak bila sampai kat ibu SarahJiha nanti . So ibu SarahJiha try buat ye, takpun mintak ayah SarahJiha je buatkan... . Hope you all semua sihat esp ibu SarahJiha. Bila due?

MUFFIN COKLAT KUKUS

Bahan A
2 1/2 cawan tepung superfine
1/2 cawan serbuk koko
2 cawan gula perang
2 s/k soda bikarbonat
1/2 s/k garam

Bahan B
1 cawan susu cair
1 cawan minyak
1 cawan air panas
1 s/k esen vanilla

Cara.
1. Panaskan kukusan dan lapikkan acuan muffin dengan paper-cup
1. Ayakkan tepung, serbuk koko dan soda bikarbonate.
2. Gaulkan semua bahan A supaya sebati.
3. Masukkan bahan B dan gaulkan rata subaya sebati.
4. Masukkan adunan dalam paper-cup dan kukuskan selama 25 minit dengan api yg sederhana.
5. Angkat dan hidangkan.




View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2014.

ns4008229.ip-198-27-68.net