Hari Sabtu baru-baru ni orang Melayu Liverpool beramai-ramai keluar berpicnic. Kami ni pantang tengok matahari keluar, kamipun nak keluar jugak. Seronok teramat sangat bila ada matahari ni, hehehe...
Plan picnic ni sebenarnya drp Darlina dan suaminya, Nasir. Mama tolong menjemput saje. Asalnya, kami nak buat bbq sekali, tapi disebabkan di Otterspool tu tak boleh berbbq, makan terpaksalah picnic sahaja. Mak ayah sibuk makan dan bersosial, anak-anak sibuk main layang-layang.